ada citer kelako di sebalik peristiwa nie. S.I.L aku nie mmg dah "niat" nak bersalin kat hosp kulai..mungkin dia syok dgr citer aku yg betapa selesanya bersalin kat hosp tu..maklumlah hosp kulai nie mcm private skit...dan "nyaman bah" bak kata org2 Sabah.
nak dijadikan citer, seminggu sebelum due date (7,8,9) dia admit kat hop kulai sbb dah ada tanda2 nak bersalin..abang aku pulak kelang kabut sikit2 call aku tnya apa tanda2 nak bersalin, aku ckplah selain darah/air metuban, maybe mcm nak buang air beso. sah!! S.I.L aku nie kejap2 nak buang air beso..so, abang aku yg kebetulan ada kat rumah trus anto S.I.L aku ke hosp kulai. lepas dah admit 3 hari tue, doktor suruh balik sbb "jalan" dah tertutup semula. doktor siap pesan kat dia yg jgn duduk diam jer...bwk jejalan supaya baby senang dan cepat nak kuor. aku plak siap bg advise kat dia, balik nie kang jgn lupa kejo ayam ke, itik ker, kat umah tue...kalo rasa2 ayam, itik kat umah dah abis, jgn malu segan g kejo ayam, itik org sblh umah pulak(jiran)...dia bengang jer ngan aku...heheheeeee....
13hb, abg aku mssg kat aku yg S.I.L aku "bleeding"..aku ckp kat dia yg kena bwk g hosp cpt..takut baby lemas ke ape ker...rupa2nyer dia kat tmpt keje dia (pasir gudang) dan tgh nak pecut balik benut utk amik S.I.L..sesampainya kat spital (hosp kulai), baru ada "jalan". nurse kat situ ckp, maybe mlm atau esok br boleh bersalin..so tinggal lagik dia kat hosp tuu...yelah...nak sangat bersalin kat hosp kulai..
malamnya pulak aku emergency g hosp kulai sbb anak sedara aku yg lahir ituari kena selsema dan susah nak bernafas..aku igt nak jenguk S.I.L aku, tp dah abis time mlawat lah....lps anak sedara aku dah disahkan ok dan tak perlu nak risau apa2, aku pun balik semula ke inas..sampai rumah pkul 11.45 mlm. pehhh...ngantuk giler nak keje utk esok...
14hb, aku keje mcm biasa, tapi aku dpt call dr abg aku yg S.I.L aku kena anto GH sbb anak dah "terberak" kat "dlm" dan dikuatiri lemas..yg S.I.L aku nie pulak dah panic sbb takut kena operate...kesian kat dia..
setibanya kat GH, dia trus ditolak masuk ke labour room sbb masa kat hosp kulai tu dia jalan dia dah bukak banyak...dan akhirnya x sampai bbrp minit pun, maka lahirlah anak kesayangannya...yg paling membuatkan abang aku jadik "bengkek" ialah, dia x dpt nak tgk wife dia brsalin...sbb masa tgh nak register, nurse kat situ, trus tanda (/) kat white board menyatakan S.I.L aku dah bersalin (normal).... kecian kat abg aku...dia kata dia cuma smpt tgk nurse tgh jahit jer...tu yang "bengkek" tuh.....
tapi apa2hal pun...kesian kat S.I.L aku sbb niat sbnr dia ialah nak bersalin kat hosp kulai tapi x kesampaian, akhirnya kena jugak bersalin kat GH..ikutkan kalo duduk benut, dia boleh bersalin kat hosp pontian/batu pahat, tapi dia berkeras xnak sbb hosp2 tu kbykn nursenya dah tua2 dan garang2..haaa...sbb tulah dia pilih hosp kulai (nursenyer muda2 dan baik2 belaka) berbandg ngan hosp GH yg dikenali sbgi hosp "keras" dan "lama"...heheheeee.....sendiri mau ingatlah...
sekalung tahniah utk abg aku (Rahmat) dan isterinyer (Rozalinda) kerana mendapat cahayamata sulong yg diberi nama :
Name : Naqib Iman
Weight : 3.3 kg
D.O.B : 14th Mar 07
T.O.B : 11.40am
harapan dari kami semua "semoga menjadi anak yg soleh dan beriman dan berguna utk ibu dan bapa, agama, bangsa dan negara" Naqib Iman BOLEH !!!!
Psst : anak aku asyik2 sebut "mak ngah dari yong peng" (iklan MC D) dan "bulan mengambang pak ngah balik" (salah satu tajuk drama kat TV3) (fyi, aku anak no. 2 so, aku nie mak ngah lah dan hubby pulak pak ngah)...
